Jangan Jadikan Kediaman Anda Sasaran Yang Mudah.
Jenayah pecah rumah semakin berleluasa. Sila ambil langkah
berjaga-jaga bagi mengelakkan kediaman anda menjadi mangsa.
Peringatan:
Kunci pintu walaupun anda keluar buat seketika.
Nyalakan lampu disekitar kawasan rumah anda terutamanya di
pintu
hadapan.
Kosongkan persekitaran rumah dari semak supaya penglihatan
anda lebih jelas di siang mahupun di malam hari.
Simpan semua peralatan tajam di tempat selamat.
Elakkan dari menyimpan barang berharga di rumah.
Kesan-kesan jenayah samun.
Terdapat banyak kesan yang dapat menjejas kehidupan seharian mangsa samun. Implikasi samun terhadap sesebuah kediaman adalah:
Mangsa samun merasa tidak selamat apabila berada di dalam rumah sendiri.
Kehilangan harta benda yang berharga.
Kerosakan kawasan dan peralatan di sekitar kediaman.
Menjejas kestabilan emosi pihak yang di samun.
No comments:
Post a Comment