Blog ini telah dipelopori oleh Mohd Hafidz bin Yaakob dan Wan Mohd Solehuddin bin Wan Norhaidi (guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu) setelah mengikuti Bengkel Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah & Pembinaan Blog KPJ Sekolah peringkat IPG Kampus Kota Bharu pada 28-30 April 2014 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan. En. Che Zulkifli Bin Che Ahmad, selaku setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah SMK Sultan Ismail bertindak sebagai penyelia dan penasihat yang menjadi penyumbang utama input di dalam blog ini
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar sekolah khususnya pelajar SMK Sultan Ismail
dalam isu-isu jenayah dan cara-cara pencegahan jenayah di sekitar kawasan sekolah
dan juga di luar kawasan sekolah. Ianya juga adalah untuk menyokong aktiviti
KPJ sekolah-sekolah selaras dengan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment