Berhati-hati, jangan bagi peluang kepada pencuri kenderaan!
Jenayah curi kenderaan ini semakin sukar dibendung.
Walaubagaimanapun, berdasarkan fakta yeng dikenalpasti, jenayah ini dapat
dicegah dengan mengambil langkah-langkah menambahkan keselamatan kenderaan anda
dan ia secara tidak langsung akan dapat mengelakkan jenayah ini daripada
berlaku dengan mudah. Semakin banyak masa yang digunakan oleh pencuri kenderaan
semakin besar peluang kita untuk mengesan tindak-tanduk mereka.
Berikut merupakan langkah-langkah yang dapat diambil:
- 1) Jangan biarkan enjin kenderaan anda hidup tanpa
diawasi.
-
2) Letak kenderaan anda di tempat yang mudah
dilihat oleh orang awam.
-
3) Letak kenderaan di tempat letak kenderaan yang
mempunyai penjaga.
-
4) Kunci semua pintu sejurus masuk ke dalam kenderaan
anda.
-
5) Simpan semua barangan berharga daripada dilihat.
-
6) Pastikan semua pintu telah dikunci sebelum
meninggalkan kenderaan anda.
-
7) Pasang sistem alarm.
-
8) Pasang alat keselamatan seperti kunci sistem
cengkaman dan kunci brek.
-
9) Sila rantai atau kunci roda motosikal anda
dengan menggunakan kunci yang bagus.