Tuesday 29 April 2014

Cegah Kecurian Kenderaan!

Berhati-hati, jangan bagi peluang kepada pencuri kenderaan!


Jenayah curi kenderaan ini semakin sukar dibendung. Walaubagaimanapun, berdasarkan fakta yeng dikenalpasti, jenayah ini dapat dicegah dengan mengambil langkah-langkah menambahkan keselamatan kenderaan anda dan ia secara tidak langsung akan dapat mengelakkan jenayah ini daripada berlaku dengan mudah. Semakin banyak masa yang digunakan oleh pencuri kenderaan semakin besar peluang kita untuk mengesan tindak-tanduk mereka.


Berikut merupakan langkah-langkah yang dapat diambil:


-          1) Jangan biarkan enjin kenderaan anda hidup tanpa diawasi.

-          2) Letak kenderaan anda di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.

-          3) Letak kenderaan di tempat letak kenderaan yang mempunyai penjaga.

-          4) Kunci semua pintu sejurus masuk ke dalam kenderaan anda.

-          5) Simpan semua barangan berharga daripada dilihat.

-          6) Pastikan semua pintu telah dikunci sebelum meninggalkan kenderaan anda.

-          7) Pasang sistem alarm.

-          8) Pasang alat keselamatan seperti kunci sistem cengkaman dan kunci brek.


-          9) Sila rantai atau kunci roda motosikal anda dengan menggunakan kunci yang bagus.

Statistik kecurian kereta mengikut jenis 2011